Monday, November 29, 2010

jangan menangis Afzan :' )

Bismillah.
sekarang masih lagi diwaktu kerja. huii..nape lambat beno nak balik. tak suke tak suke. tak suke sangat berada di sini.(betapa telah saya mensia2kan waktu saya ketika berehat di rumah) Bekerja kerana Allah dan kerana mencari sedikit rezeki. Sebelum saya melangkah ke alam atau gerbang perkahwinan yang doa saya  agar saya bahagia di sana bersama seorang putera yang memiliki segala yang saya impikan. ameen. Bukan xsuka kenapa, yelah. sapa suka rasa tertekan dan rasa macam kuli kan. maklumlah baru kerja, so rasa macam kuli tu menebal. tapi kene banyak bersabar, sebab bukan semua manusia baik mcm malaikat. dan kita takkan buat semua benda yang kita suka. sumtimes, kita pasti akan tempuhi cabaran dalam perkara2 yang kita terpasa perlu lakukan. Demi mak dan ayah. kalau bukan sebab mak akan sedih dengan saya, balik saja kerja saya akan nagis guling2 mengadu itu, ini kat mak. tapi saya dah besar. kata nak kawen? napa manja sangat. kata nak kawen? napa tak boleh tahan dugaan. adakah saya memikirkan yg berkahwin itu adalah yg indah2 sahaja? ya, bila kita bayangkan, memglah kita nampak yg indah2 sahaja, siapa nak bayangkan yang sedih2, yang tension2. tapi hakikatnya, setiap fasa dalam hidup, pasti ada cubaan. dugaan, yang membuatkan kita runsing, tertekan dan sedih lalu menangis.(saya bermotivasi sendiri)


hai mamy..Amni saaayanggg mamy...

Saya ingat nak menulis balik. tolonglah jangan gelakkan saya.(terutama encik TG) saya janji saya akan cuba menulis dengan gigih, baik dan yang paling penting akan habiskan sebuah novel. Dan akan publish. entah sapa mahu baca. T.T . oke2 takpa Afzan yang penting tulis dahulu, ada sahaja yang ingin baca nanti.Adik comel saya, dan Encik Tg saya pasti tidak akan menghampakan saya. saya terima segala kritiakan. membina T.T.


Okelah, mahu berfikir dan buat sedikit research tentang novel yang bakal ditulis. pulun ak ? hahahha. ape de hal? *.*

. my lunch time .

bismillah. harini lunch dengan 3 benda yang sangat simple. Oleh kerana breakfast saya telah dihidangkan dengan nasi putih lauk sardin, dan juga ikan temenung kecil goreng yg dikeringkan, so perasaan lapar saya bertukar kepada rasa nak kunyah2 jer. So saya pun  melangkah ke kedai seven eleven dengan berhati2. Niat dihati mula-mula hendak membeli buah - buahan, tetapi gerai buah-buahan tutup. tak dapek eden nak membekalkan vitamin C ke tubuh T.T.




apabila sampai, terus menuju ke peti ais air dan mencapai air milo kotak kegemaranku. :)



kemudian mencapai sebungkus kacang gajus cap 'camel' yang sangat sedap dan lemak rasenye T.T


Alolo..comei pulak hasil 'Google' an saya kali ini. huhuhu...
Sampai depan kaunter untuk membayar, saya mencapai pula sebungkus gula 'Halls' vapor action yang memg pedas dan membangkitkan 'nafsu addicted'ku. huhuhu.




semuanya berharga rm 6.80.


p/s : semalam saya makan koey teow sup dan air sirap baru berharga empat ringgit sahaja. rugi x? xperla, sekali sekala. T.T 

hikmah menundukkan pandangan :)

Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma’rifat kepada Allah s.w.t. serta hokum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagu\i mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.



semoga Allah mengampuni dosa2 kita yg telah lalu :) Ameen



Sunday, November 28, 2010

.nak jadi wanita solehah. ^.^

Duhai wanita....






Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.

Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.

Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.

Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.

Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.

Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yang memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.

Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.

Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.

Wanita muslimah yang dikasihi.






Diriku yang hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yang kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yang dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yang dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah dan amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yang mengalir dalam diri dan hati kita??

Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku, dan ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yang berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..

.upade pagi2. T.T

Bismillah.
pagi ini saya datang ke pejabat dengan keadaan separa sedar kerana semalam bermula dari pukul 2.30 pgi sampai 5.30 pagi xbulih nak tidoq sebb taktahu. mungkin sebab minum ayaq kopi spirullina + susu kambing terover dose. T.T 


Begini ceritanya, pagi kemarin. pukul 4 pg ayah kejutkan saya. ayah nak ke masjid. Mak kurang sihat. so, saya pun bangun dan pergi jaga mak. mamai mase tu, ngantuk gila.Tapi demi mak yg cantik, baik jelita dan amad2 saya syg, saya lawan juga perasaan itu. Cinta mengatasi segalanya.So, bila nak g keje, kan da pening2 sasau cam tu sebb mengantuk cgt. saya pon teguk kopi spirullina. tenaga jadi lebih.


Sampai je opis, mula buat keje overdose jugak. Angkat file yg berat2, dan pelbagai keje berat lagi.T.T so, akibatnya, malam tadi xleh nak tidoq, sakit lengan kaki semua sekali habis. terus miskol encik TG yang bijak bestari, dia pon melayan ler sampai pukul 5.30 pagi. yang Encik TG yang sgt penyayang itu pun satu, lain kali katala, pi tidoq, kang abg babab nanti haaaaa... huhu T.T, oke kurang menarik :D


wajah muram T.T

harini nak cuba memulakan pekerjaan dengan penuh semangat juang yang tinggi! walaupun hakikatnya saya tidak pandai buat kerja. hey, kalo tak belajaq sapa pun tak pandai kan? apa ada hal!

oke, dah. pergi cari kerja. *.* tata.

Saturday, November 27, 2010

.cerita saya yang naif.

bismillah.
hari ni nak buat luahan perasaan sebelum boss sampai n keja sampai. fes tyme upload kat opis ni 'cengeng' gak la kan. dah la memg budak cengeng. tau dak cengeng tu apa? cengeng tu manja. saya tahu perkataan cengeng itupun dari emak mentua kepada kakak saya. dia selalu guna perkataan cengeng tu. so, saya pon tanyala kakak saya cengeng tu apa. barulah saya tahu yg cengeng tu suka nangis, manja dan sangat mudah terguris.bila dok kaji2 balik barulah sedaq yang saya ni dah ada simpton2 cengeng nih. huhuhu. ok, tak menarik.


aduhh. sekarang segala tension n segala masalah rasa dah boleh cool down balik. sebab saya and encik TG dah kembali pulih. semua salah and silap dari saya jugak. ngada2 xbertempat. Dah tahu diri ni selalu buat salah, tapi mengada2 lagi nak cari salah org. sekali kena semboq, baru sedaq terjaga dari tidur dan angan2 yang saya ni tak penah buat salah. so, bila dah menghadap Allah, memohon taubat, mngaku kesilapan. hati rasa, MasyaAllah. sangat2 tenang. Bila hubungan dengan Allah dah oke, hubungan dengan manusia pun pulih seperti sediakala. so tak perlu nak sedih2 lagi la..alhamdulillah. i feel really better rite now.. love u abang.. :)


nak cerita tentang perangai saya yang mudah tidak ada keyakinan diri. kalau pakai baju pelik sikit, tak selesa sikit mulalah nak rasa down. huh. entah bila penyakit tu nak hilang tah. Dari sekolah dulu, kalo xsempat iron baju memg xpi sekolah terus. pernah sehari black out, takleh nak iron baju. mak kata xpayah ironlah, sekolah lebih penting, tapi saya tak rasa begitu. terus xpergi sekolah. bak kata org kedah 'tuang sekolah sedia ' hehehehe. nak buat mcm mana, nanti keyakinan diri kurang bagaimana?siapa akan 'cengeng'? bukankah saya juga? bukan mereka dan keluarga merekan kan?T.T 


Attention Deficit Disorder. Entah betoi ka dak ejaan tu saya pon tidak tahu. tetapi yang pastinya penyakit tu dah menyerang saya sejak kecil lagi. kalau hampa semua nak tau tentang penyakit tu, meh bukak cni. ok harap info tu membantu anda mengetahui apa penyakit tu. bukan satu ja. ada banyak lagi penyakit mental@psikologi ni menyerang saya. tapi,Alhamdulillah, tak gila lagi la.. oke. berbalik kpd penyakit tersebut, dari kecil lagi saya memg takleh nak bagi tumpuan pada satu benda ja dalam masa yang terlalu lama atau panjang. Saya cepat bosan. Contoh paling simple macam keja sekolah. saya xleh nak buat keja yang sama hari2. atau, paling teruk, takleh tumpu nak buat keja sekolah tu. mudah bosan.cuba korang pk bila cikgu yg sama ajar hari2, benda yg sama, kawan2 yang sama perangai hari2. adakah sebb tu sya gagal dapat lima A masa sekolah rendah? tapi hakikatnya penyakit ni memg pelik. Penyakit ni bukan serangan tapi salah satu sifat dan sikap yg sukar dijangka oleh diri saya sendri.kadang2 saya sendiri xsangka yg saya mampu buat itu. dan saya sendiri xsangka yg saya akan buat begini dan begitu.OMG sangat teruk. T.T
Masuk sekolah menegah, penyakit tuh makin menggila, tanpa saya sedari saya cuba nak ubah diri saya jadi orang lain sebab terlalu bosan dengan apa yg sedia ada. Kadang2 saya akan membuat sesuatu perkara yang saya tak suka, contoh mcm perkara2 yang merunsingkan diri sendiri dan orang lain.pernah satu hari tu, saya tiba2 rasa tak mau balik rumah, balik ja dari sekolah, saya ikut kawan saya, balik umah dia dan saya pergi berehat di rumah dia. sebb saya rasa bosan balik umah. sedangkan sya langsung tak pk tentang abah yg cari saya bagai nak gila. YAAllah bodohnya saya. kesian abah tau tyme tuh.Masa tuh bila pk balik, kenapa saya buat semua tu? memang rasa macam nak ketuk2 ja kepala kat dinding sebb perangai tak normal saya. Saya selalu merunsingkan keluarga. saya tak pernah salahkan diri saya. sbab terlalu sayang kat diri saya. so, saya salahkan penyakit tu. wek3 padan muke penyakit tu kena tuduh. hehehe. tapi, Doa Saya pada Allah mdah2an penyakit tu tak melaratlah. malu bukan tak malu. sapa pun nak jadi matang dan tak menyusahkan org lain.yang paling pentg, berpijak d bumi yg nyata, bersyukur, dan hadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.


Dulu saya selalu terfikir, takda sapa boleh tahan dengan perangai saya,
TApi Kasih sayang Allah adalah paling sempurna.
Dia hadiahkan saya seorang putera yang menyayangi saya sepenuh tenaga,
saya bangga bukan tak bangga.
Moga Allah memberkati hubungan kami.
Sampai ke alam syurga. Ameen ya rab.


huduh ak wat muka camneh? T.T

Friday, November 26, 2010

.perasaan perasan cikpuanafzan sudah mari versi permainan bodoh.

suatu malam yg sangat nyaman. tetiber main2 ngn adik saya iaitu cik.amira mcm bende bodoh yg memg sangat2 tak masuk akal. dan pastinye, orang lain memg xpenah main mcm kami.
nak tahu tak mcm ne permainan dia? oke. ikut step by step dibawah:-


1) google search artis malaysia yg anda perasan muke mcm anda. kalo anda bertudung search begini, contoh Google search : Siti nurhaliza Bertudung.


2) save / simpan salah satu gambar tersebut dalam folder gambar anda.


3) study atau amati gambar tersbut dengan teliti.


4)makeup and cari baju yg sama sikit2 dengan artis itu(xmungkin dpt sama betul2)


5) suruh adik/kawan/lawan anda amik gambar dengan penuh keterroran agar nampak persamaan dengan gambar artis itu.


6)Edit gambar, kembarkan bersama pic artis tersebut.


Erk.... mudah ke?


hasilnye? :




sangat mengecewakan. hahahha.

cube jangan tak cube. adakah sepatutnye saye perlu search : adibah noor bertudung? ngeeee.

.libra v/s taurus.







                      v/s  










OKTOBER (saye)

* Suka berbual. - kadang2 suke kadg jgk boleh jadi pendiam cgt2!hakikatnye, memg suke berbual.tapi tengok lah dengan sape nak berbual...
* Suka orang yang sayang padanya. - mestilah suke kat org yang syg kiter. sebb kiter pon syg dier. hehehehe.

* Suka ambil jln tengah. - kadg2 suke ambik jalan tepi. erk!


* Sangat menawan & sopan santun. - menawan? xpasti. yeke sopan santun?



* Kecantikan luar & dalam. - harap2 betullah. ameen.

* Tidak pandai berbohong & berpura-pura. - kurang tepat kot. huhuhu.


* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. -yes. benar sekali.


* Sentiasa berkawan. - :)


* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.-memg la kalo lame2 kang xpasal2 je kene pang!!!


* Cepat marah. - sepatutnye 'panas baran'


* Macam pentingkan diri sendiri. - kadg2 terpakse!


* Tidak menolong orang kecuali diminta. -huhuhu sepatutnye 'pemalas'


* Suka melihat dari perspektifnya sendiri. - yer. suke bagi pandagn sendri.


* Tidak suka terima pandangan orang lain. - tapi kdg2 pandgn org lain membantu tanpa kite sedari!


* Emosi yang mudah terusik. -memg. tapi kadg2 banyak pendam and buang je.


* Suka berangan & pandai bercakap. - sumtimes...huhuhu


* Emosi yang kelam kabut. - yup. memg. benar sekali


* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).-benar sekali.leh jadik penyiasat ni.


* Suka melancong, bidang sastera & seni. - huhuhu sape xske melancong? suke seni tapi xberseni.


* Pengasih, penyayang & lemah lembut. -hehe.. yeke? kadg2 ganas jugak . 


* Romantik dalam percintaan. -tanye encik TG. huhu


* Mudah terusik hati & cemburu. - takdela buta. cemburu rabun je.


* Ambil berat tentang orang lain. - ^.^


* Suka kegiatan luar. - memg. tapi kadg2 tersekat sebb im a girl :)



* orang yang adil. - yes. sama rata :)

* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. - kalo g satu tempat yg baru mesti nak barang2 baru jugak. tapi sebenarnye, sgt pandai berjimat!!!


* Mudah patah semangat - yer. tapi kalo ade yg bagi support semangat naik balik.


MEI (Encik TG)

* Keras hati & tegas.- erk...yup. rase2nye mcm betul.


* Kuat semangat & bermotivasi tinggi. - ini memg seribu kali tepat.


* Pemikiran yang tajam. - lagila betul.


* Mudah marah apabila tidak dikawal.-mcm tak betul. sebb dia penyabar.


* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .-tanpa dia sedari.:) 


* Perasaan yang amat mendalam. -Dia memg istimewa :)


* Cantik dari segi mental & fizikal. -sudah tentu :)


* Tidak perlu dimotivasikan. - berpendirian :)


* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. -paling tepat!!!!!!


* Mudah dipujuk.- hatinya bersih sebb tuh la :)


* Bersikap sistematik (otak kiri). - tak tahu lagi. nnti nak test. haha.


* Suka berangan. - mesti betul ni....hikhikhik


* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. -yeke?erk...


* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. - hrap2 tak betul :'(


* Daya khayalan yang tinggi. - scary~ hehehe


* Permikiran yang tajam. - sgt tajam.


* Pandai berdebat. - kalo x leh jadi AMK PKR la..


* Fizikal yang baik. -kacak!


* Kelemahan sistem pernafasan. - harap2 tak.


* Suka sastera, seni & muzik serta melancong. - same mcm syg :)


* Tidak berapa suka duduk di rumah. - yeke?


* Tidak boleh duduk diam. - hikhikhik.. :) bahaye ni.


* Tidak punya ramai anak. - ala..nak ramai2...


* Rajin dan bersemangat tinggi. - seribu kali tepattt


* Agak boros - pemurah :)

Wednesday, November 24, 2010

. Raya Aidiladha itu hari .

Bismillah


walaupun aidiladha dah berlalu, namun badan saya masih terasa kegatalannya oleh kerana daging kurban yg saya makan dengan banyak sekali sepanjang aidiladha yg disambut 7 hari 7 malam tersebut. memg sgt dashat. rupanya saya ada elergic daging ditahap bahaya. ops. elergic losyen varselin juga. sangat  terkasima .T.T




begini ceritanya,malam hari raya saya makan daging rendang yang dibuat oleh emak saya yang sangat cantik jelita bagai pinang dibelah dua.eh apa saya merepek? kemudian, saya juga pakai losyen varselin. konon2 nak putih gebu mcm dato Ct nurhaliza. tapi apakan daya hajat saya tersekat di pertengahan jalan. saya bangun ditengah2 malam dan menggaru2 dibahagian kaki, tangan dan sebagainya T.T teruk sangat tahu :'(


Dan bermulalah telahan saya. persoalan saya yang telah terjawab. Losyen Varselin atau daging yang membawa saya kepada kegatalan tahap seksa itu T.T


Dipendekkan cerita, saya pi jumpak doc cinta ,  dan doc mengesahkan saya elergic daging dan losyen sekali gus. oh bahaya . Selepas makan ubat saya kembali seperti biasa. Alhamdulillah. begitulah ceritanya.


Tempoh sakit : 7 hari .
Tempoh baik : tak pasti lagi (sebb belum sepenuhnye sembuh)


ok mari tengok pic hari raya itu hari :-




ergh...gemuknye saya.

haaa...nampk2..gemuk lagi 2.

rajin x?





oklah sampai ketemu lgi :)

Monday, November 22, 2010

. memulakan Blog baru .

Bismillah




hari ini saya memulakan blog baru kerana rasa sgt rendah diri a.k.a takda keyakinan diri dengan blog lama saya. Jadi saya terus memulakan blog baru ini dengan lafaz 'bismillah' dan merasmikan blog baru saya ini yang selepas ini akan diisi dengan sesuatu yg lebih manfaat dan berkualiti tinggi bukan tak tinggi. Oke Afzan, jangan rendah diri lagi. selepas ini, cuba belajar buat template yg cantik2 ye. jangan la nanges lagi. uwaaaa.....


Haritukan saya pergi interview kemudian saya telah dapat kerja. dan sekarang saya dah kerja di ABDUL HALIM SAID & Co. aka pejabat lawyer. saya sangat teruja. kerana sebelum ini saya sangat jobless dan sangat gemuk sebb tak buat apa d rumah. (melampau)


Berat saya telah naik ke 57kg sewaktu dok saja di rumah dan sekarang telah turun ke 55kg. oh teruja lagi di situ T.T...


okelah, saya terpaksa beransur diri dahulu .
saya update d opis, so tidak manis jika boss ternampak.
chiaw.






oke. ini gambar paling latest saya. gemuk?tepat sekali.