Tuesday, December 14, 2010

Ini takdir yang menyakitkan.

Lautan mana tak bergelora..angin tidak selamanya bertiup lembut...
itulah suratan hidup yang telah Allah maha kuasa berikan buat saya, insan yang bernama Afzan binti Saad.



Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku 

Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Lagu itu memberikan makna yang mendalam buat saya. sangat lemah sekarang. setakat ini sahaja.

sekadar renungan...

KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman (Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (Surah Al-Imran ayat 200)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalansabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Surah Al-Baqarah ayat 45) 

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal (Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
Dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah.



Monday, December 6, 2010

Salam MAALHIJRAH dan azam yang baru.

Bismillah. selamat menyambut tahun baru untuk semua umat islam di dunia. Semoga tahun ini memberi lebih erti untuk kita. Tahun yang penuh barakah, dan diisi dengan perkara2 baik, berhijrah dari kejahatan kepada perkara kebaikan. INSYAALLAH.


Azam yang cuba untuk di buat tahun ini :


1) Menjadi seorang wanita yang solehah-umum sangat. apekate kalo menutup aurat dengan lebih sempurna, jaga solat, akhlak dan iman.


2) Berusaha memperbaiki bacaan al-quran.


3)Menjadi lebih matang, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. -cik afzan, tolonglah tinggalkan perangai pemalas dan cuai kamu :)


5)Menjadi lebih penyabar, mempertingkatkan taraf iman dan taqwa.


Tu je kot perkara paling peting saya nak lakukan semua tu. susah sangat susah sangat. adakah termampu untuk saya lakukan?


kenapa tak azam nak beli kereta, beli rumah dan lain2? sebb semua tu hal2 duniawi.


Pernah tak dengar?


"KEJARLAH AKHIRAT, DUNIA KAU DAPATKAN"


"Barangsiapa yang tidak bersyukur atas nikmatKu, tidak bersabar atas bala yang Kutimpakan, dan tidak ridho terhadap keputusanKu, keluarlah dari langitKu dan carilah Tuhan selain diriKu". 


sesungguhnya, Allah lebih mengetahui.


SALAM MAAL HIJRAH.




cawan cumil hadiah dari en.TG terchinta T.T

Saturday, December 4, 2010

Allah Menguji Tiada berhenti :'((bersabarlah)

“Janganlah salah seorang diantara kalian mengangan-angankan datangnya kematian karena musibah yang menimpanya. Dan sekirana ia memang harus mengharapkannya, hendaklah ia berdoa, ‘Ya Allah, teruskanlah hidupku ini sekiranya hidup itu lebih baik untukku. Dan wafatkanlah aku, sekiranya itu lebih baik bagiku.” (HR Bukhari dan Muslim)


Bismillah. saya adalah hamba yang sangat lemah. Terlalu lemah untuk merealisasikan istilah 'sabar'. apatah lagi mengungkai erti di sebalik makna kesabaran. Terlalu berat untuk saya menahan rasa sebak. Apabila Allah menguji. Dan ujian ini, adalah kedua terbesar selepas apa yang telah saya alami 6 tahun yg lalu. Cukuplah saya Dan Maha pencipta yang mengetahui apa yang telah menimpa saya.Cukuplah.



Monday, November 29, 2010

jangan menangis Afzan :' )

Bismillah.
sekarang masih lagi diwaktu kerja. huii..nape lambat beno nak balik. tak suke tak suke. tak suke sangat berada di sini.(betapa telah saya mensia2kan waktu saya ketika berehat di rumah) Bekerja kerana Allah dan kerana mencari sedikit rezeki. Sebelum saya melangkah ke alam atau gerbang perkahwinan yang doa saya  agar saya bahagia di sana bersama seorang putera yang memiliki segala yang saya impikan. ameen. Bukan xsuka kenapa, yelah. sapa suka rasa tertekan dan rasa macam kuli kan. maklumlah baru kerja, so rasa macam kuli tu menebal. tapi kene banyak bersabar, sebab bukan semua manusia baik mcm malaikat. dan kita takkan buat semua benda yang kita suka. sumtimes, kita pasti akan tempuhi cabaran dalam perkara2 yang kita terpasa perlu lakukan. Demi mak dan ayah. kalau bukan sebab mak akan sedih dengan saya, balik saja kerja saya akan nagis guling2 mengadu itu, ini kat mak. tapi saya dah besar. kata nak kawen? napa manja sangat. kata nak kawen? napa tak boleh tahan dugaan. adakah saya memikirkan yg berkahwin itu adalah yg indah2 sahaja? ya, bila kita bayangkan, memglah kita nampak yg indah2 sahaja, siapa nak bayangkan yang sedih2, yang tension2. tapi hakikatnya, setiap fasa dalam hidup, pasti ada cubaan. dugaan, yang membuatkan kita runsing, tertekan dan sedih lalu menangis.(saya bermotivasi sendiri)


hai mamy..Amni saaayanggg mamy...

Saya ingat nak menulis balik. tolonglah jangan gelakkan saya.(terutama encik TG) saya janji saya akan cuba menulis dengan gigih, baik dan yang paling penting akan habiskan sebuah novel. Dan akan publish. entah sapa mahu baca. T.T . oke2 takpa Afzan yang penting tulis dahulu, ada sahaja yang ingin baca nanti.Adik comel saya, dan Encik Tg saya pasti tidak akan menghampakan saya. saya terima segala kritiakan. membina T.T.


Okelah, mahu berfikir dan buat sedikit research tentang novel yang bakal ditulis. pulun ak ? hahahha. ape de hal? *.*

. my lunch time .

bismillah. harini lunch dengan 3 benda yang sangat simple. Oleh kerana breakfast saya telah dihidangkan dengan nasi putih lauk sardin, dan juga ikan temenung kecil goreng yg dikeringkan, so perasaan lapar saya bertukar kepada rasa nak kunyah2 jer. So saya pun  melangkah ke kedai seven eleven dengan berhati2. Niat dihati mula-mula hendak membeli buah - buahan, tetapi gerai buah-buahan tutup. tak dapek eden nak membekalkan vitamin C ke tubuh T.T.




apabila sampai, terus menuju ke peti ais air dan mencapai air milo kotak kegemaranku. :)



kemudian mencapai sebungkus kacang gajus cap 'camel' yang sangat sedap dan lemak rasenye T.T


Alolo..comei pulak hasil 'Google' an saya kali ini. huhuhu...
Sampai depan kaunter untuk membayar, saya mencapai pula sebungkus gula 'Halls' vapor action yang memg pedas dan membangkitkan 'nafsu addicted'ku. huhuhu.




semuanya berharga rm 6.80.


p/s : semalam saya makan koey teow sup dan air sirap baru berharga empat ringgit sahaja. rugi x? xperla, sekali sekala. T.T 

hikmah menundukkan pandangan :)

Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma’rifat kepada Allah s.w.t. serta hokum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagu\i mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.



semoga Allah mengampuni dosa2 kita yg telah lalu :) Ameen